Rambut Beruban

uban.jpgRambut beruban di usia muda
Keturunan adalah faktor utama terjadinya masalah tumbuh uban ketika usia muda. Kalau ada keluarga orangtua atau nenek/kakek yang mempunyai uban sewaktu muda, tidak menuntut kemungkinan anak-anak untuk beruban juga tinggi.
Gen yang berpengaruh dalam tubuh badan seseorang itu akan menyebabkan tumbuhnya uban lalu menyebabkan rambut yang hitam menjadi keputihan.
Kekurangan vitamin B juga adalah penyebab kepada tumbuhnya uban pada rambut kerana vitamin B adalah sumber penting  kesehatan rambut manusia terutama buat mereka yang masih muda.
Kurangnya vitamin B dalam tubuh, akan menyebabkan terjadinya pigmen pada rambut mereka. Kepentingan vitamin B juga dapat menjaga keseimbangan air dalam tubuh badan, membantu penyerapan lemak dalam usus dan membantu dalam kestabilan metabolisme badan.
Untuk mengatasi masalah rambut beruban ini, lebih banyak makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gandum dan kacang hijau untuk menambahkan vitamin B dalam badan terutamanya kepada kesehatan rambut.
Merokok juga dapat menyebabkan  rambut beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.
Stres atau tekanan perasaan juga dapat menyebabkan uban tumbuh. Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekali gus menyebabkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan itu akan kembali normal jika tahap stres anda dapat dikendalikan dengan baik.
Kini terdapat banyak produk pewarna rambut dan syampo di pasaran yang tidak menggunakan bahan yang betul dan baik untuk kesahatan rambut. Jika tidak tahu bahan yang digunakan, jangan sesekali mencuba produk itu dan berhati-hati memilih produk penghitam rambut yang sesuai.
Apabila pewarna rambut ini kerap digunakan akan meresap ke dalam pigmen rambut dan menyebabkan uban akan mudah tumbuh dan jangan sesekali menggunakan sembarangan produk tanpa memikirkan baik buruknya di kemudian hari.
Ada juga remaja kini yang sangat malas untuk mencuci rambut.
Seringnya menggunakan syampo berbeda jenis dan merk.
Pemakaian  sabun mandi selain shampo, syampo berbeda dan sabun tidak sesuai digunakan untuk mencuci rambut.
Masalah ini sering terjadi kepada kebanyakan remaja lelaki yang memang malas menjaga rambut. Apabila rambut beruban, salah siapa? Bila tumbuh uban baru menyesal dan banyak mencoba produk perawatan rambut yang agak mahal.
Terdapat banyak cara yang boleh remaja gunakan bagi mengatasi masalah ini. Seperti menggunakan air kelapa tua dan sapukan perlahan-lahan ke kulit kepala supaya ia meresap kepada kulit dan memberikan  pemulihan yang berkesan dengan cepat. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu.
Penggunaan biji pepaya kering untuk mewarnai rambut yang putih  kerana biji pepaya dapat menghitamkan rambut di samping aman dan alamiah.
Hindari stress  janganlah terlalu tertekan kerana penyembuhan rambut daripada uban ini memerlukan waktu untuk pulih, hadapi masalah ini dengan tenang.
Harus diingat supaya tidak mencabut uban yang tumbuh  di rambut, kerana ­penulis pernah dengar petua orang tua-tua dulu, kalau tumbuh uban jangan dicabut ­kerana uban akan lebih banyak tumbuh. Lebih ­menakutkan lagi akan mengalami masalah rambut botak kerana kerap mencabut uban yang gatal.
lazada